Sunday, March 2, 2008

Anda adalah apa yang anda lakukan.

Pernah dengar ungkapan ini 'Anda adalah apa yang anda lakukan.' Saya yakin bahawa ramai yang pernah.

“Habit my friend, is practice long pursued, that at last becomes the man himself” (Evenus)

Soalan Cepumas.

Semenjak kecil, saya selalu bertanya soalan ini “ Kenapa sebilangan orang lebih berjaya dari orang lain? Saya mencari jawapan ini dan akhirnya saya mendapat jawapan. (bila dah besar :), lama tu)

Daripada orang-orang yang telah berjaya, dimana mereka selalu menyebut dan mengulang perkara ini, cuma saya kurang peka dan fokus dan tidak mendengar dengan terperinci apa yang diulangkan.

Malahan lagu yang pernah popular satu masa dahulu ada kebenarannya….’Jika kau fikir kau boleh'…..(saya tak ingat tajuknya) tapi saya yakin ramai yang tahu lagu ini.

‘Anda adalah apa yang anda fikirkan dan lakukan, semuanya di tangan anda.

Fikir semula…Semua yang anda fikirkan adalah apa yang anda fikirkan dan lakukan.

Anda mampu mengawal diri dengan mengawal fikiran, pertuturan dan kekuatan melakukan untuk mencapai destinasi anda.

No comments: